KONSEP KECERDASAN
ALFRED BINET
Menurut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditafsirkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Maka, Alfred Binet (1904), seorang psikologis dari Perancis, atas permintaan Kementerian Pendidikan, berjaya membina suatu ujian kecerdasan yang dikenali sebagai skala 1905, untuk menguji kecerdasan minda murid berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka-bentuk hingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak.
Beberapa tahun
kemudian, William Stern (1912), memperkenalkan konsep darjah kecerdasan, iaitu intelligence quotient (IQ) dalam bahasa
Inggeris. Beliau telah berjaya membina suatu rumus untuk mengukur darjah
kecerdasan, iaitu:
Umur Mental
Darjah kecerdasan (IQ)= _______________ x 100
Umur Sebenar
|
Mengikut William Stern,
seseorang individu yang dikenal pasti sebagai cerdas daripada orang normal
ialah individu yang mempunyai darjah kecerdasan melebihi 100. Manakala,
seseorang individu yang kurang cerdas didapati mempunyai darjah kecerdasan kurang
daripada 100. Kanak-kanak yang normal merujuk kepada individu yang mempunyai
darjah kecerdasan 100, iaitu umur mental kanak-kanak itu adalah sama dengan
umur sebenarnya.
Bagaimanapun,
berdasarkan pendapat sesetengah pendidik, kecerdasan berbeza dengan umur,
tinggi atau berat seseorang. Kecerdasan juga dapat didefinisikan sebagai
kemahiran menyelesaikan masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan
belajar daripada pengalaman harian.
Berdasarkan teori
Vygotsky, konsep kecerdasan seharusnya meliputi keupayaan menggunakan kemahiran
belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik oemudahcaraan
dengan scaffolding. Ada juga yang berpendapat konsep kecerdasan emosi meliputi
kemahiran muzik seseorang individu. Sternberg (1984) menghurai kecerdasan
sebagai hasil daripada keupayaan memproses maklumat oleh otak manusia melalui
kawalan metakognisi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan