Selasa, 10 Julai 2012

MENGINTAI REFLEKSI DIRI..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..^_____________^

             
          Apa guna masaknya betik,
       
       Kalau tidak manis isinya,

       Apa guna berwajah cantik,
      
       Jika hidup tidak berbudi bahasa.

            pertama sekali elok kiranya saya mulakan mukadimah coretan ini dengan serangkap pantun..di sini saya ingin mengulas sedikit mengenai hasil dapatan atau sebagai refleksi yang saya perolehi sepanjang tempoh satu jam interaksi bersama Puan Norehah dalam subjek Kecerdasan Emosi.
                  untuk minggu yang pertama ini, kami telah pun diperkenalkan dengan apa itu passion? passion merupakan satu perkara yang boleh diklasifiasikan sebagai sesuatu perkara yang menjadi kesukaan dan kebiasaan yang mendatangkan kepuasan dalam diri kita, contohnya: passion saya adalah melukis, dengan melukis saya akan mendapat kepuasan daripada hasil lukisan tersebut. Passion juga merupakan perkataan baharu yang selama ini saya tidak pernah tahu apa maksudnya
                 Di samping mempelajari apa itu passion, sesi interaksi turut diselitkan dengan sedikit tazkirah atau kata-kata motivasi sebagai dorongan daripada Puan Norehah. Sebenarnya, saya amat senang apabila Puan sudi mengisi jiwa dengan kami dengan ilmu yang berguna untuk dunia dan juga akhirat. Salah satu tazkirah yang kiranya dapat menyentuh kalbu saya ialah apabila puan membicarakan soal seorang ibu. Betapa kasih sayang ibu itu tidak dapat diganti walau dengan bergunung emas sebagai cagaran. Hidup haruslah berdikari, andai suatu ketika kita kehilangan orang yang tersayang, mampukah kita meneruskan kehidupan secara normal? kawalan minda, emosi dan spiritual perlu diseimbangkan untuk menghadapi situasi seperti ini. 
            kita tidak boleh menilai tahap kemampuan seseorang hanya menerusi IQ nya sahaja, tetapi haruslah dinilai dari aspek  EQ dan SQ. Jika zaman dahulu orang yang mempunyai IQ tinggi akan dilabel sebagai golongan yang teratas kerana mereka dikenali sebagai golongan yang terpandai dalam kalangan orang ramai. Tidak semua orang mempunyai IQ yang sama, tetapi orang yang mempunyai IQ yang tinggi mempunyai kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual yang seimbang dengan IQ nya. mungkin sahaja orang yang mempunyai IQ yang tinggi masalah dari segi emosinya. Contohnya; jika seseorang itu tidak mempunyai EQ yang seimbang walaupun mempunyai IQ yang tinggi tidak akan dapat mengawal dirinya daripada melakukan sesuatu yang di luar jangkaan apabila gagal dalam sesuatu perkara, hal ini kerana EQ nya yang kurang.
           Tuntasnya, pada zaman sekarang ini, kecerdasan EQ adalah diutamakan. Hal ini penting untuk membentuk masyarakat yang produktif dan cemerlang dari segi JERIS nya. Salah satu contoh kesimbangan dari segi EQ ialah, dapat melahirkan pekerja yang cemerlang dalam menjalankan amanah yang diberi kerana mampu mengatasi masalah serta menangani stres dalam suasana yang tenang dan tenteram. 
                 sekian sahaja coretanku dalam lembaran ini, semoga dapat bertemu lagi dalam rentetan refleksi seterusnya.^_______________^..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan