1.0 KONSEP KECERDASAN EMOSI
Kecerdasan emosi merupakan salah
satu elemen penting dalam kehidupan. Emosi merupakan perkataan bersala dari
perkataan Greek iaitu “emovere” yang bermaksud untuk keluar. Emosi bermaksud
satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa
perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan
komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku
lain yang diperlihatkan oleh seseorang itu. Kecerdasan emosi pula bermaksud
kebolehan seseorang untuk mengawal emosinya, mampu memotivasikan dirinya serta
memiliki empati.
Menurut John Mayer dan Peter
Salovey ( 1997 ), kecerdasan emosi didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, membezakan antara
mereka serta menggunakan maklumat tersebut untuk memimpin tindakan dan
pemikiran seseorang itu. Menurut Golemen dalam bukunya (Emotional Intelligence:
Why It Can Matter More Than IQ , 1996 ), kecerdasan emosi mempunyai empat
elemen utama iaitu kesedaran tentang diri, keupayaan untuk mengurus diri,
kesedaran sosial dan kemahiran untuk bermasyarakat. Dari sudut pandangan Murrey
pula, kecerdasan emosi bermaksud satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau
emosi negatif serta memfokuskan kepada emosi positif.
Peter Salovey ( dalam Murid dan
Alam Belajar, Mok Soon Sang, 2008 ) mengatakan juga bahawa kecerdasan emosi
bermaksud memiliki kebolehan memahami emosi diri sendiri, mengurus emosinya,
memotivasikan diri sendiri, membaca emosi orang lain dan juga kebolehan untuk menguruskan
hubungan. Patton (1998) mengemukakan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk
mengetahui emosi secara efektif guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan
yang produktif dan dapat meraih keberhasilan.
Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa kecerdasan emosi bermaksud kobolehan
seseorang untuk mengawal emosinya sendiri serta memahami emosi orang lain.
2.0 KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI
Kepentingan kecerdasan emosi
boleh dibahagikan kepada kepentingan dari aspek sosial, pendidikan serta
kepimpinan. Goleman ( 1995, 1998 ) mengatakan bahawa kecerdasan emosi mampu
membawa kepada kejayaan sama ada di rumah, sekolah atau pun tempat kerja.Dari
aspek sosial, kecerdasan emosi penting bagi membolehkan hubungan sosial di
antara seseorang individu dengan individu yang lain boleh berlaku dengan baik.
Memiliki kecerdasan emosi yang tinggi membantu individu untuk mengawal emosinya
serta membantu mengurus perasaan negatif yang menghalangnya daripada
menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
Kecerdasan emosi juga amat
penting dalam aspek kepimpinan. Menurut Gardner dan Stough ( 1983 ), kecerdasan
emosi memainkan peranan penting bukan sahaja dalam proses penglibatan bahkan
juga dalam proses kepimpinan. Menurut George pula, kecerdasan emosi dapat
mengembangkan matlamat kolektif, penerapan idea dalam pemikiran secara
perlahan-lahan, pembinaan dan peningkatan keyakinan dan semangat kerjasama.
Melalui pendapat daripada beberapa
orang tokoh, dapat dibuktikan bahawa kecerdasan emosi penting dalam aspek
kepimpinan. Sebagai contoh, seorang pengurus di tempat kerja perlu memiliki
ciri kepimpinan yang boleh membantunya mengawal pekerja di bawahnya. Dengan
memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, pengurus tersebut akan tahu bagaimana
untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan juga orang lain yang bekerja
bersamanya di samping memberikan dorongan positif ke arah mewujudkan satu
perhubungan yang mampu membawa kepada kejayaan dalam mencapai matlamat
pekerjaan.
Selain itu, dengan adanya kecerdasan
emosi, pengurus tersebut tahu untuk mengawal emosinya dan tidak membawa masalah
peribadinya ke tempat kerja dan tidak melepaskan kemarahannya kepada orang
bawahannya.
Dari aspek pendidikan pula,
kecerdasan emosi merupakan salah satu perkara yang penting dalam mencapai
kejayaan. Dengan memiliki kemampuan untuk mengawal emosi, apabila seorang
pelajar mengalami kegagalan dalam pelajaran, dia akan mampu mengawal keadaan
dirinya secara positif dengan memotivasikan dirinya sendiri serta menganalisis
kelemahan dirinya sendiri. Selain itu, apabila pelajar memiliki kecerdasan
emosi yang tinggi, dia akan mampu untuk mengasingkan masalah peribadi yang
dihadapinya denga pelajaran. Ini kerana, melalui apa yang dapat dilihat pada
masa kini, terdapat pelajar yang memiliki masalah keluarga sehingga masalah
tersebut mempengaruhi pelajarannya sehingga membawa kepada kegagalan. Dengan
memiliki kecerdasan emosi, ia dapat membantu pelajar tersebut untuk mengawal
emosinya serta pelajarannya tidak terpengaruh dengan masalah yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan, kecerdasan emosi
penting dari aspek social, kepimpinan serta pendidikan. Ia penting bagi
membantu seseorang individu mencapai kejayaan serta memperbaiki hubungannya
dengan orang lain.
3.0 PERBANDINGAN KECERDASAN EMOSI DAN KECERDASAN INTELEK
Goleman ( 1995 ) menyatakan dalam bukunya
bahawa 20 % merupakan IQ dan 80 % merupakan faktor yang lain dalam mencapai
kejayaan dalam hidup. Menurutnya, kecerdasan emosi memiliki peranan yang lebih
penting dalam mencapai kejayaan dalam hidup. Kecerdasan intelektual meliputi
bidang penggunaan bahasa, penaakulan, daya ingatan, kemampuan persepsi,
kecekapan dalam hubungan ruang, kemampuan mengira, penerimaan akal serta
kemampuan lisan. Kecerdasan emosi boleh disama ertikan dengan kecerdikan.
Kecerdikan manusia berbeza di antara satu dengan yang lain. Kecerdasan otak
manusia berubah mengikut peredaran masa tetapi pada keseluruhannya, ia stabil
sepanjang hayat. Kecerdikan seseorang mampu ditingkatkan dengan memperbanyakkan
usaha melalui keupayaan memikir secara lebih matang, waras, cepat dan tepat
dengan menjawab dan menyelesaikan pemasalahan ujian IQ ( IQ Anda, Tajuddin M.S,
1987).
Gardner (1999) telah
mengklasifikasikan tujuh jenis kecerdasan intelek yang mungkin terdapat pada
seseorang individu. Tujuh jenis kecerdasan intelek ini juga lebih dikenali
sebagai “Multiple Intelligence ” atau MI. MI terdiri daripada kecerdasan verbal
atau linguistik, matematik atau logik, spatial atau ruang, jasmani atau
kinestetik, muzik atau irama, interpersonal dan intrapersonal. Disebabkan oleh
faktor inilah yang menyebabkan kebolehan yang dimiliki oleh setiap individu itu
adalah berbeza antara satu sama lain.
Aspek perbandingan Kecerdasan emosi
Kecerdasan intelek
Definisi Keupayaan untuk mengawal emosi sendiri serta memahami emosi orang lain
Kecerdikan dalam bidang-bidang IQ. Cara meningkatkan Peka dengan emosi sendiri,
memotivasikan orang lain, mendengar masalah orang lain dan cuba memahami
emosinya. Memperbanyakkan usaha berfikir serta mendalami jenis kecerdasan
intelek
Sebagai kesimpulannya,
kecerdasan emosi dan intelek berbeza dengan dari aspek definisi dan juga cara
meningkatkan. Kedua-dua kecerdasan ini penting dalam mendapatkan kejayaan dalam
hidup.
4.0 CARA MENINGKATKAN EIC
Tahap
kecerdasan emosi yang tinggi dapat dicapai melalui perhubungan mesra, bertindak
tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain serta menyedari bahawa setiap
insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. menurut McGravey ( 1997),
beliau menyatakan terdapat kebolehan yang harus dimiliki untuk meningkatkan
kecerdasan emosi seseorang individu, iaitu kebolehan untuk mengawal dorongan,
emosi, serta berada dalam keadaan bermotivasi walaupun menghadapi kekecewaan
dan berempati dengan orang lain.
Antara langkah lain adalah
dengan menyedari emosi sendiri. Ramai orang yidak memahami emosi sendiri dan
tidak mahu mengakui emosi sendiri sehingga mereka mengalami tekanan dalam hidup
serta mengatasinya dengan cara yang negative iaitu meminum arak atau mengambil
dadah. Penting untuk seseorang individu untuk menyedari bahawa perasaan
tertekan merupakan perkara yang akan pernah dirasai oleh semua orang. Oleh itu,
seseorang individu perlu memahami emosi dirinya sendiri iaitu dengan cara
memulakan serta mengakhiri setiap hari dengan meluangkan sedikit waktu untuk
mengenalpasti emosi diri dan bagaimana ia mempengaruhi tindakan serta
pemikiran. Dengan cara ini, kecerdasan emosi akan dapat ditingkatkan lagi.
Selain itu, kecerdasan emosi
dapat ditingkatkan lagi dengan menjadi pendengar kepada masalah orang lain
apabila diperlukan. Ini termasuk menjadi e,pati, diam dan tidak mencelah ketika
mendengar luahan orang lain, serta menunjukkan perhatian apabila orang lain
meluah. Kecerdasan emosi mampu ditingkatkan dengan cara ini kerana individu
tersebut mempelajari lebih daripada orang lain melalui lisan. Dengan menjadi
pendengar masalah, individu tersebut akan memahami emosi yang tersembunyi dalam
diri orang tersebut.
Sebagai kesimpulannya, kecerdasan emosi
ini mampu ditingkatkan dengan memahami emosi diri sendiri dan orang lain,
menghormati orang lain serta menjadi pendengar kepada masalah orang lain.
5.0 IMPLIKASI KECERDASAN EMOSI DALAM MENANGANI ISU
KEHIDUPAN SOSIAL
Kecerdasan emosi memberikan implikasi yang
positif terhadap seseorang individu dalam menangani isu kehidupan sosial. Dari
sudut seorang pelajar, kecerdasan emosi membolehkannya mendapatkan kejayaan
dalam pelajaran. Ini kerana dengan adanya kecerdasan emosi, pelajar tersebut
dapat mengawal emosinya serta mampu mengatasi tekanan kerana masalah yang
dihadapi.
Kadang-kadang, berlakunya perkara
apabila seorang pelajar kecewa kerana keputusannya rendah berbanding rakannya
sehingga kehilangan semangat untuk berusaha dan menganggap dirinya tidak
pandai. Dalam situasi seperti inilah perlunya kecerdasan emosi bagi membantu
pelajar tersebut menghadapi tekanan tersebut secara positif dengan menyedari
kelemahan dirinya dan memperbaiki kelemahan tersebut sterusnya menanamkan
semangat dalam diri untuk meningkatkan lagi prestasinya.
Dari sudut seorang individu
yang bekerja juga, kecerdasan emosi memberikan impak yang positif. Ini kerana
dengan adanya kecerdasan emosi yang tinggi, setiap kali berlakunya persaingan
dalam dunia pekerjaan, perkara tersebut dapat dinilai dari sudut positif oleh
individu tersebut dan menganggapnya sebagai tangga untuk menuju kejayaan.
Selain itu, dengan kecerdasan emosi,
individu tersebut tahu bagaimana untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan
juga orang lain yang bekerja bersamanya. Kecerdasan emosi sememangnya
memberikan impak yang baik di tempat kerja kerana kajian yang dijalankan oleh
Martinez, 1997 Kirch, Tucker, pada tahun 2001 telah membuktikan bahawa 80%
daripada yang berjaya di tempat kerja adalah bergantung terhadap kecerdasan
emosi manakala hanya 20% yang berjaya kerana kecerdasan intelek. Perkara ini
sekaligus membuktikan bahawa individu yang memiliki kecerdasan emosi yang
tinggi mampu menyesuaikan diri dengan persaingan, persekitaran kerja serta
pekerjaannya.
Dari sudut individu yang
berkeluarga dan merupakan ketua keluarga pula, kecerdasan emosi memberi
implikasi yang baik terhadap perhubungannya dengan ahli keluarganya. Sebagai
seorang individu yang bekerja serta memiliki keluarga, memiliki kecerdasan
emosi membantunya mengasingkan masalah di tempat kerja dengan rumah.
Sebagai kesimpulan, kompetensi kecerdasan emosi memberi implikasi yang positif
dalam aspek kehidupan sama ada dari segi kekeluargaan, organisasi, sekolah,
masyarakat serta Negara.
RUJUKAN
BUKU
M.S, T. (1987). IQ Anda. Seremban, Negeri Sembilan: Minerva Publications.
Sang, M. S. (2008). Murid Dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.
Sang, M. S. (2008). P.T.K Kompetensi Umum : Teras. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2009). P.T.K Kompetensi Umum Untuk Pegawai Perkhidmatan Kerajaan.
Selangor: Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.
Shahizan, T. C. (2006). Intrapersonal & Interpersonal Untuk Remaja. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
INTERNET
Cara Meningkatkan Kecerdasan Emosi. (n.d.). Retrieved September 14, 2010, from
http://ilmupsikologi.wordpress.com/2009/12/15/cara-meningkatkan-kecerdasan-emosi-eq/
IQ dan EQ sama penting. (n.d.). Retrieved September 14, 2010, from
http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_02.htm
Kepentingan Kecerdasan Emosi. (n.d.). Retrieved September 14, 2010, from
http://adamayu.blogspot.com/2010/03/kepentingan-kecerdasan-emosi-eq.html