Ahad, 1 Julai 2012

DI SEBALIK SEKETUL BATU

         Seorang raja yang bijak berhasrat untuk menguji hati budi rakyatnya. lalu, baginda memerintahkan seorang pembantu meletakkan seketul batu besar di tengah-tengah jakan utama memasuki kota. batu itu terletak betul-betul di tengah jalan. Para pengguna yang melalui jalan tersebut akan terganggu laluan mereka.

         menteri kebajikan melalui jalan tersebut dengan kereta kudanya. Dalam hatinya dia menyalahkan Menteri Pengangkutan kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. seorang pejalan kaki melalui jalan tersebut. Dia memandang ketulan batu besar itu sambil merungut-rungut. Satu kafilah yang membawa brang dagangan melalui jalan itu. ketua kafilah berusaha melencongkan laluan kafilah bagi mengelak daripada batu tersebut.

         seorang petani yang sedang menjunjung sayur-sayuran melalui jalan tersebut. Akhirnya petani itu berhenti dan meletakkan raganya yang sarat dengan sayur itu untuk mengalihkan batu besar itu. Agak susah untuk mengalihkannya, tambahan pula cuaca terik dan matahari kian meninggi. Petani itu terus berusaha mengalihkan batu yang berat itu. Dengan segala kudrat yang ada, batu itu beralih sedikit. Dia semakin bersemangat dan terus berusaha sehingga batu itu dapat dialihkan dan tidak lagi menghalang laluan. Tetapi ada sesuatu yang pelik tersembunyi di bawah  batu itu. petani membongkok dan mengambil uncang beserta sekeping nota: "Duit emas di dalam uncang ini milik kamu!"


PENGAJARAN

        Kesusahan yang menghalang apa-apa sahaja usaha ialah petanda bahawa kejayaan begitu hampir. benarlah, di sebalik kesusahan ada kesenangan dan kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan