Comment, Message,Graphics, Scrap,Text maker, creators, generators for Facbook, Myspace, Orkut, Hi5, Bebo, Friendster and other Social networks
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan
engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta
terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu
bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib
Khamis, 26 Julai 2012
Rabu, 25 Julai 2012
Isnin, 16 Julai 2012
IQ, EQ, SQ
1.0 KONSEP KECERDASAN EMOSI
Kecerdasan emosi merupakan salah satu elemen penting dalam kehidupan. Emosi merupakan perkataan bersala dari perkataan Greek iaitu “emovere” yang bermaksud untuk keluar. Emosi bermaksud satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang diperlihatkan oleh seseorang itu. Kecerdasan emosi pula bermaksud kebolehan seseorang untuk mengawal emosinya, mampu memotivasikan dirinya serta memiliki empati.
Menurut John Mayer dan Peter Salovey ( 1997 ), kecerdasan emosi didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal perasaan dan emosi diri sendiri dan orang lain, membezakan antara mereka serta menggunakan maklumat tersebut untuk memimpin tindakan dan pemikiran seseorang itu. Menurut Golemen dalam bukunya (Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ , 1996 ), kecerdasan emosi mempunyai empat elemen utama iaitu kesedaran tentang diri, keupayaan untuk mengurus diri, kesedaran sosial dan kemahiran untuk bermasyarakat. Dari sudut pandangan Murrey pula, kecerdasan emosi bermaksud satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif serta memfokuskan kepada emosi positif.
Peter Salovey ( dalam Murid dan Alam Belajar, Mok Soon Sang, 2008 ) mengatakan juga bahawa kecerdasan emosi bermaksud memiliki kebolehan memahami emosi diri sendiri, mengurus emosinya, memotivasikan diri sendiri, membaca emosi orang lain dan juga kebolehan untuk menguruskan hubungan. Patton (1998) mengemukakan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara efektif guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif dan dapat meraih keberhasilan.
Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa kecerdasan emosi bermaksud kobolehan seseorang untuk mengawal emosinya sendiri serta memahami emosi orang lain.
2.0 KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI
Kepentingan kecerdasan emosi boleh dibahagikan kepada kepentingan dari aspek sosial, pendidikan serta kepimpinan. Goleman ( 1995, 1998 ) mengatakan bahawa kecerdasan emosi mampu membawa kepada kejayaan sama ada di rumah, sekolah atau pun tempat kerja.Dari aspek sosial, kecerdasan emosi penting bagi membolehkan hubungan sosial di antara seseorang individu dengan individu yang lain boleh berlaku dengan baik. Memiliki kecerdasan emosi yang tinggi membantu individu untuk mengawal emosinya serta membantu mengurus perasaan negatif yang menghalangnya daripada menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
Kecerdasan emosi juga amat penting dalam aspek kepimpinan. Menurut Gardner dan Stough ( 1983 ), kecerdasan emosi memainkan peranan penting bukan sahaja dalam proses penglibatan bahkan juga dalam proses kepimpinan. Menurut George pula, kecerdasan emosi dapat mengembangkan matlamat kolektif, penerapan idea dalam pemikiran secara perlahan-lahan, pembinaan dan peningkatan keyakinan dan semangat kerjasama.
Melalui pendapat daripada beberapa
orang tokoh, dapat dibuktikan bahawa kecerdasan emosi penting dalam aspek
kepimpinan. Sebagai contoh, seorang pengurus di tempat kerja perlu memiliki
ciri kepimpinan yang boleh membantunya mengawal pekerja di bawahnya. Dengan
memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, pengurus tersebut akan tahu bagaimana
untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan juga orang lain yang bekerja
bersamanya di samping memberikan dorongan positif ke arah mewujudkan satu
perhubungan yang mampu membawa kepada kejayaan dalam mencapai matlamat
pekerjaan.
Selain itu, dengan adanya kecerdasan
emosi, pengurus tersebut tahu untuk mengawal emosinya dan tidak membawa masalah
peribadinya ke tempat kerja dan tidak melepaskan kemarahannya kepada orang
bawahannya.
Dari aspek pendidikan pula, kecerdasan emosi merupakan salah satu perkara yang penting dalam mencapai kejayaan. Dengan memiliki kemampuan untuk mengawal emosi, apabila seorang pelajar mengalami kegagalan dalam pelajaran, dia akan mampu mengawal keadaan dirinya secara positif dengan memotivasikan dirinya sendiri serta menganalisis kelemahan dirinya sendiri. Selain itu, apabila pelajar memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, dia akan mampu untuk mengasingkan masalah peribadi yang dihadapinya denga pelajaran. Ini kerana, melalui apa yang dapat dilihat pada masa kini, terdapat pelajar yang memiliki masalah keluarga sehingga masalah tersebut mempengaruhi pelajarannya sehingga membawa kepada kegagalan. Dengan memiliki kecerdasan emosi, ia dapat membantu pelajar tersebut untuk mengawal emosinya serta pelajarannya tidak terpengaruh dengan masalah yang dihadapi.
Dari aspek pendidikan pula, kecerdasan emosi merupakan salah satu perkara yang penting dalam mencapai kejayaan. Dengan memiliki kemampuan untuk mengawal emosi, apabila seorang pelajar mengalami kegagalan dalam pelajaran, dia akan mampu mengawal keadaan dirinya secara positif dengan memotivasikan dirinya sendiri serta menganalisis kelemahan dirinya sendiri. Selain itu, apabila pelajar memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, dia akan mampu untuk mengasingkan masalah peribadi yang dihadapinya denga pelajaran. Ini kerana, melalui apa yang dapat dilihat pada masa kini, terdapat pelajar yang memiliki masalah keluarga sehingga masalah tersebut mempengaruhi pelajarannya sehingga membawa kepada kegagalan. Dengan memiliki kecerdasan emosi, ia dapat membantu pelajar tersebut untuk mengawal emosinya serta pelajarannya tidak terpengaruh dengan masalah yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan, kecerdasan emosi
penting dari aspek social, kepimpinan serta pendidikan. Ia penting bagi
membantu seseorang individu mencapai kejayaan serta memperbaiki hubungannya
dengan orang lain.
3.0 PERBANDINGAN KECERDASAN EMOSI DAN KECERDASAN INTELEK
Goleman ( 1995 ) menyatakan dalam bukunya bahawa 20 % merupakan IQ dan 80 % merupakan faktor yang lain dalam mencapai kejayaan dalam hidup. Menurutnya, kecerdasan emosi memiliki peranan yang lebih penting dalam mencapai kejayaan dalam hidup. Kecerdasan intelektual meliputi bidang penggunaan bahasa, penaakulan, daya ingatan, kemampuan persepsi, kecekapan dalam hubungan ruang, kemampuan mengira, penerimaan akal serta kemampuan lisan. Kecerdasan emosi boleh disama ertikan dengan kecerdikan. Kecerdikan manusia berbeza di antara satu dengan yang lain. Kecerdasan otak manusia berubah mengikut peredaran masa tetapi pada keseluruhannya, ia stabil sepanjang hayat. Kecerdikan seseorang mampu ditingkatkan dengan memperbanyakkan usaha melalui keupayaan memikir secara lebih matang, waras, cepat dan tepat dengan menjawab dan menyelesaikan pemasalahan ujian IQ ( IQ Anda, Tajuddin M.S, 1987).
Gardner (1999) telah mengklasifikasikan tujuh jenis kecerdasan intelek yang mungkin terdapat pada seseorang individu. Tujuh jenis kecerdasan intelek ini juga lebih dikenali sebagai “Multiple Intelligence ” atau MI. MI terdiri daripada kecerdasan verbal atau linguistik, matematik atau logik, spatial atau ruang, jasmani atau kinestetik, muzik atau irama, interpersonal dan intrapersonal. Disebabkan oleh faktor inilah yang menyebabkan kebolehan yang dimiliki oleh setiap individu itu adalah berbeza antara satu sama lain.
Aspek perbandingan Kecerdasan emosi Kecerdasan intelek
Definisi Keupayaan untuk mengawal emosi sendiri serta memahami emosi orang lain Kecerdikan dalam bidang-bidang IQ. Cara meningkatkan Peka dengan emosi sendiri, memotivasikan orang lain, mendengar masalah orang lain dan cuba memahami emosinya. Memperbanyakkan usaha berfikir serta mendalami jenis kecerdasan intelek
Sebagai kesimpulannya, kecerdasan emosi dan intelek berbeza dengan dari aspek definisi dan juga cara meningkatkan. Kedua-dua kecerdasan ini penting dalam mendapatkan kejayaan dalam hidup.
4.0 CARA MENINGKATKAN EIC
Tahap kecerdasan emosi yang tinggi dapat dicapai melalui perhubungan mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. menurut McGravey ( 1997), beliau menyatakan terdapat kebolehan yang harus dimiliki untuk meningkatkan kecerdasan emosi seseorang individu, iaitu kebolehan untuk mengawal dorongan, emosi, serta berada dalam keadaan bermotivasi walaupun menghadapi kekecewaan dan berempati dengan orang lain.
Antara langkah lain adalah dengan menyedari emosi sendiri. Ramai orang yidak memahami emosi sendiri dan tidak mahu mengakui emosi sendiri sehingga mereka mengalami tekanan dalam hidup serta mengatasinya dengan cara yang negative iaitu meminum arak atau mengambil dadah. Penting untuk seseorang individu untuk menyedari bahawa perasaan tertekan merupakan perkara yang akan pernah dirasai oleh semua orang. Oleh itu, seseorang individu perlu memahami emosi dirinya sendiri iaitu dengan cara memulakan serta mengakhiri setiap hari dengan meluangkan sedikit waktu untuk mengenalpasti emosi diri dan bagaimana ia mempengaruhi tindakan serta pemikiran. Dengan cara ini, kecerdasan emosi akan dapat ditingkatkan lagi.
Selain itu, kecerdasan emosi dapat ditingkatkan lagi dengan menjadi pendengar kepada masalah orang lain apabila diperlukan. Ini termasuk menjadi e,pati, diam dan tidak mencelah ketika mendengar luahan orang lain, serta menunjukkan perhatian apabila orang lain meluah. Kecerdasan emosi mampu ditingkatkan dengan cara ini kerana individu tersebut mempelajari lebih daripada orang lain melalui lisan. Dengan menjadi pendengar masalah, individu tersebut akan memahami emosi yang tersembunyi dalam diri orang tersebut.
Sebagai kesimpulannya, kecerdasan emosi ini mampu ditingkatkan dengan memahami emosi diri sendiri dan orang lain, menghormati orang lain serta menjadi pendengar kepada masalah orang lain.
5.0 IMPLIKASI KECERDASAN EMOSI DALAM MENANGANI ISU
KEHIDUPAN SOSIAL
Kecerdasan emosi memberikan implikasi yang positif terhadap seseorang individu dalam menangani isu kehidupan sosial. Dari sudut seorang pelajar, kecerdasan emosi membolehkannya mendapatkan kejayaan dalam pelajaran. Ini kerana dengan adanya kecerdasan emosi, pelajar tersebut dapat mengawal emosinya serta mampu mengatasi tekanan kerana masalah yang dihadapi.
Kecerdasan emosi memberikan implikasi yang positif terhadap seseorang individu dalam menangani isu kehidupan sosial. Dari sudut seorang pelajar, kecerdasan emosi membolehkannya mendapatkan kejayaan dalam pelajaran. Ini kerana dengan adanya kecerdasan emosi, pelajar tersebut dapat mengawal emosinya serta mampu mengatasi tekanan kerana masalah yang dihadapi.
Kadang-kadang, berlakunya perkara
apabila seorang pelajar kecewa kerana keputusannya rendah berbanding rakannya
sehingga kehilangan semangat untuk berusaha dan menganggap dirinya tidak
pandai. Dalam situasi seperti inilah perlunya kecerdasan emosi bagi membantu
pelajar tersebut menghadapi tekanan tersebut secara positif dengan menyedari
kelemahan dirinya dan memperbaiki kelemahan tersebut sterusnya menanamkan
semangat dalam diri untuk meningkatkan lagi prestasinya.
Dari sudut seorang individu yang bekerja juga, kecerdasan emosi memberikan impak yang positif. Ini kerana dengan adanya kecerdasan emosi yang tinggi, setiap kali berlakunya persaingan dalam dunia pekerjaan, perkara tersebut dapat dinilai dari sudut positif oleh individu tersebut dan menganggapnya sebagai tangga untuk menuju kejayaan.
Dari sudut seorang individu yang bekerja juga, kecerdasan emosi memberikan impak yang positif. Ini kerana dengan adanya kecerdasan emosi yang tinggi, setiap kali berlakunya persaingan dalam dunia pekerjaan, perkara tersebut dapat dinilai dari sudut positif oleh individu tersebut dan menganggapnya sebagai tangga untuk menuju kejayaan.
Selain itu, dengan kecerdasan emosi,
individu tersebut tahu bagaimana untuk mengurus dan mengawal perasaannya dan
juga orang lain yang bekerja bersamanya. Kecerdasan emosi sememangnya
memberikan impak yang baik di tempat kerja kerana kajian yang dijalankan oleh
Martinez, 1997 Kirch, Tucker, pada tahun 2001 telah membuktikan bahawa 80%
daripada yang berjaya di tempat kerja adalah bergantung terhadap kecerdasan
emosi manakala hanya 20% yang berjaya kerana kecerdasan intelek. Perkara ini
sekaligus membuktikan bahawa individu yang memiliki kecerdasan emosi yang
tinggi mampu menyesuaikan diri dengan persaingan, persekitaran kerja serta
pekerjaannya.
Dari sudut individu yang berkeluarga dan merupakan ketua keluarga pula, kecerdasan emosi memberi implikasi yang baik terhadap perhubungannya dengan ahli keluarganya. Sebagai seorang individu yang bekerja serta memiliki keluarga, memiliki kecerdasan emosi membantunya mengasingkan masalah di tempat kerja dengan rumah.
Sebagai kesimpulan, kompetensi kecerdasan emosi memberi implikasi yang positif dalam aspek kehidupan sama ada dari segi kekeluargaan, organisasi, sekolah, masyarakat serta Negara.
RUJUKAN
BUKU
M.S, T. (1987). IQ Anda. Seremban, Negeri Sembilan: Minerva Publications.
Sang, M. S. (2008). Murid Dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Sang, M. S. (2008). P.T.K Kompetensi Umum : Teras. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2009). P.T.K Kompetensi Umum Untuk Pegawai Perkhidmatan Kerajaan. Selangor: Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.
Shahizan, T. C. (2006). Intrapersonal & Interpersonal Untuk Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Dari sudut individu yang berkeluarga dan merupakan ketua keluarga pula, kecerdasan emosi memberi implikasi yang baik terhadap perhubungannya dengan ahli keluarganya. Sebagai seorang individu yang bekerja serta memiliki keluarga, memiliki kecerdasan emosi membantunya mengasingkan masalah di tempat kerja dengan rumah.
Sebagai kesimpulan, kompetensi kecerdasan emosi memberi implikasi yang positif dalam aspek kehidupan sama ada dari segi kekeluargaan, organisasi, sekolah, masyarakat serta Negara.
RUJUKAN
BUKU
M.S, T. (1987). IQ Anda. Seremban, Negeri Sembilan: Minerva Publications.
Sang, M. S. (2008). Murid Dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Sang, M. S. (2008). P.T.K Kompetensi Umum : Teras. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Sang, M. S. (2009). P.T.K Kompetensi Umum Untuk Pegawai Perkhidmatan Kerajaan. Selangor: Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.
Shahizan, T. C. (2006). Intrapersonal & Interpersonal Untuk Remaja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
INTERNET
Cara Meningkatkan Kecerdasan Emosi. (n.d.). Retrieved September 14, 2010, from http://ilmupsikologi.wordpress.com/2009/12/15/cara-meningkatkan-kecerdasan-emosi-eq/
IQ dan EQ sama penting. (n.d.). Retrieved September 14, 2010, from http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0325&pub=Kosmo&sec=Akademi&pg=ak_02.htm
Kepentingan Kecerdasan Emosi. (n.d.). Retrieved September 14, 2010, from http://adamayu.blogspot.com/2010/03/kepentingan-kecerdasan-emosi-eq.html
Selasa, 10 Julai 2012
MENGINTAI REFLEKSI DIRI..
ASSALAMUALAIKUM W.B.T..^_____________^
Apa guna masaknya betik,
Kalau tidak manis isinya,
Apa guna berwajah cantik,
Jika hidup tidak berbudi bahasa.
pertama sekali elok kiranya saya mulakan mukadimah coretan ini dengan serangkap pantun..di sini saya ingin mengulas sedikit mengenai hasil dapatan atau sebagai refleksi yang saya perolehi sepanjang tempoh satu jam interaksi bersama Puan Norehah dalam subjek Kecerdasan Emosi.
untuk minggu yang pertama ini, kami telah pun diperkenalkan dengan apa itu passion? passion merupakan satu perkara yang boleh diklasifiasikan sebagai sesuatu perkara yang menjadi kesukaan dan kebiasaan yang mendatangkan kepuasan dalam diri kita, contohnya: passion saya adalah melukis, dengan melukis saya akan mendapat kepuasan daripada hasil lukisan tersebut. Passion juga merupakan perkataan baharu yang selama ini saya tidak pernah tahu apa maksudnya.
Di samping mempelajari apa itu passion, sesi interaksi turut diselitkan dengan sedikit tazkirah atau kata-kata motivasi sebagai dorongan daripada Puan Norehah. Sebenarnya, saya amat senang apabila Puan sudi mengisi jiwa dengan kami dengan ilmu yang berguna untuk dunia dan juga akhirat. Salah satu tazkirah yang kiranya dapat menyentuh kalbu saya ialah apabila puan membicarakan soal seorang ibu. Betapa kasih sayang ibu itu tidak dapat diganti walau dengan bergunung emas sebagai cagaran. Hidup haruslah berdikari, andai suatu ketika kita kehilangan orang yang tersayang, mampukah kita meneruskan kehidupan secara normal? kawalan minda, emosi dan spiritual perlu diseimbangkan untuk menghadapi situasi seperti ini.
kita tidak boleh menilai tahap kemampuan seseorang hanya menerusi IQ nya sahaja, tetapi haruslah dinilai dari aspek EQ dan SQ. Jika zaman dahulu orang yang mempunyai IQ tinggi akan dilabel sebagai golongan yang teratas kerana mereka dikenali sebagai golongan yang terpandai dalam kalangan orang ramai. Tidak semua orang mempunyai IQ yang sama, tetapi orang yang mempunyai IQ yang tinggi mempunyai kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual yang seimbang dengan IQ nya. mungkin sahaja orang yang mempunyai IQ yang tinggi masalah dari segi emosinya. Contohnya; jika seseorang itu tidak mempunyai EQ yang seimbang walaupun mempunyai IQ yang tinggi tidak akan dapat mengawal dirinya daripada melakukan sesuatu yang di luar jangkaan apabila gagal dalam sesuatu perkara, hal ini kerana EQ nya yang kurang.
Tuntasnya, pada zaman sekarang ini, kecerdasan EQ adalah diutamakan. Hal ini penting untuk membentuk masyarakat yang produktif dan cemerlang dari segi JERIS nya. Salah satu contoh kesimbangan dari segi EQ ialah, dapat melahirkan pekerja yang cemerlang dalam menjalankan amanah yang diberi kerana mampu mengatasi masalah serta menangani stres dalam suasana yang tenang dan tenteram.
sekian sahaja coretanku dalam lembaran ini, semoga dapat bertemu lagi dalam rentetan refleksi seterusnya.^_______________^..
Isnin, 9 Julai 2012
KECERDASAN EMOSI
KONSEP KECERDASAN
ALFRED BINET
Menurut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditafsirkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Maka, Alfred Binet (1904), seorang psikologis dari Perancis, atas permintaan Kementerian Pendidikan, berjaya membina suatu ujian kecerdasan yang dikenali sebagai skala 1905, untuk menguji kecerdasan minda murid berdasarkan ingatan mereka dari aspek keupayaan sentuh dan mereka-bentuk hingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak.
Beberapa tahun
kemudian, William Stern (1912), memperkenalkan konsep darjah kecerdasan, iaitu intelligence quotient (IQ) dalam bahasa
Inggeris. Beliau telah berjaya membina suatu rumus untuk mengukur darjah
kecerdasan, iaitu:
Umur Mental
Darjah kecerdasan (IQ)= _______________ x 100
Umur Sebenar
|
Mengikut William Stern,
seseorang individu yang dikenal pasti sebagai cerdas daripada orang normal
ialah individu yang mempunyai darjah kecerdasan melebihi 100. Manakala,
seseorang individu yang kurang cerdas didapati mempunyai darjah kecerdasan kurang
daripada 100. Kanak-kanak yang normal merujuk kepada individu yang mempunyai
darjah kecerdasan 100, iaitu umur mental kanak-kanak itu adalah sama dengan
umur sebenarnya.
Bagaimanapun,
berdasarkan pendapat sesetengah pendidik, kecerdasan berbeza dengan umur,
tinggi atau berat seseorang. Kecerdasan juga dapat didefinisikan sebagai
kemahiran menyelesaikan masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan
belajar daripada pengalaman harian.
Berdasarkan teori
Vygotsky, konsep kecerdasan seharusnya meliputi keupayaan menggunakan kemahiran
belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik oemudahcaraan
dengan scaffolding. Ada juga yang berpendapat konsep kecerdasan emosi meliputi
kemahiran muzik seseorang individu. Sternberg (1984) menghurai kecerdasan
sebagai hasil daripada keupayaan memproses maklumat oleh otak manusia melalui
kawalan metakognisi.
Ahad, 1 Julai 2012
DI SEBALIK SEKETUL BATU
Seorang raja yang bijak berhasrat untuk menguji hati budi rakyatnya. lalu, baginda memerintahkan seorang pembantu meletakkan seketul batu besar di tengah-tengah jakan utama memasuki kota. batu itu terletak betul-betul di tengah jalan. Para pengguna yang melalui jalan tersebut akan terganggu laluan mereka.
menteri kebajikan melalui jalan tersebut dengan kereta kudanya. Dalam hatinya dia menyalahkan Menteri Pengangkutan kerana tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. seorang pejalan kaki melalui jalan tersebut. Dia memandang ketulan batu besar itu sambil merungut-rungut. Satu kafilah yang membawa brang dagangan melalui jalan itu. ketua kafilah berusaha melencongkan laluan kafilah bagi mengelak daripada batu tersebut.
seorang petani yang sedang menjunjung sayur-sayuran melalui jalan tersebut. Akhirnya petani itu berhenti dan meletakkan raganya yang sarat dengan sayur itu untuk mengalihkan batu besar itu. Agak susah untuk mengalihkannya, tambahan pula cuaca terik dan matahari kian meninggi. Petani itu terus berusaha mengalihkan batu yang berat itu. Dengan segala kudrat yang ada, batu itu beralih sedikit. Dia semakin bersemangat dan terus berusaha sehingga batu itu dapat dialihkan dan tidak lagi menghalang laluan. Tetapi ada sesuatu yang pelik tersembunyi di bawah batu itu. petani membongkok dan mengambil uncang beserta sekeping nota: "Duit emas di dalam uncang ini milik kamu!"
PENGAJARAN
Kesusahan yang menghalang apa-apa sahaja usaha ialah petanda bahawa kejayaan begitu hampir. benarlah, di sebalik kesusahan ada kesenangan dan kejayaan.
Langgan:
Catatan (Atom)
